Penyelamatan 4 orang warga Malaysia yang diseludup ke Myanmar

Kenyataan Media: Penyelamatan 4 orang warga Malaysia yang diseludup ke Myanmar

Naib Pengerusi Cawangan Maju MCA Subang, Peguam Maxine Khoo telah menerima permintaan pertolongan daripada 4 rakyat Malaysia yang diperdagangkan ke Myanmar untuk kerja-kerja penipuan. Selepas hampir sebulan, keempat-empat mangsa akhirnya diselamatkan dan telah balik ke Malaysia pada 24 Jun 2022. Operasi penyelamatan ini telah dijalankan secara senyap sehingga empat mangsa tersebut selamat pulang ke Malaysia.

Pada 17 Mei 2022, peguam Maxine Khoo, bersama Ong Sin Teong, telah pergi ke balai polis USJ 8 untuk membuat laporan polis selepas menerima bantuan daripada kawan karib keempat-empat mangsa yang diperdagangkan ke luar negara.

Maxine Khoo menerima bantuan daripada seorang mangsa yang dipanggil Cik Lim yang diperdagangkan ke Myanmar pada 9 Mei 2022. Mangsa tersebut telah dihantar dari Johor Bahru ke Terengganu bersama dua mangsa yang lain pada Oktober 2021. Selepas tiba di Terengganu, mereka disertai seorang lagi mangsa lelaki, yang kemudiannya dibawa ke Thailand untuk bekerja. Asalnya, mereka telah diatur untuk diseludup ke Thailand dan Laos untuk bekerja, tetapi setelah mereka tiba di Thailand, mereka dijangkiti Covid-19, dan salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia akibat radang paru-paru. Disebabkan oleh kematian salah seorang daripada mereka, mereka tidak diterima oleh Thailand dan Laos, dan Cik Lim pula telah diperdagang ke Myanmar untuk kerja penipuan.

Mangsa dari Selangor dan Johor pulang ke Malaysia pada 24 Jun 2022 dan telah menceritakan kisah diperdagang ke Myanmar sehingga mereka berjaya diselamatkan dalam pertemuan dengan peguam Maxine Khoo, Naib Ketua Cawangan Maju MCA Subang. Bagi mengelak pendedahan muka mangsa, Peguam Maxine Khoo tidak mengatur wartawan pergi ke lapangan terbang untuk mengadakan temu duga, tetapi telah sama-sama menjamu selera selepas selamat menempatkan mereka.

Difahamkan bahawa keempat-empat mangsa berusia antara 28 hingga 42 tahun, semuanya terjatuh dalam perangkap kes penipuan pekerjaan melalui media sosial. Selepas mangsa telah ditipu ke tempat kerja, hanya mereka mengetahui pekerjaan mereka adalah untuk melakukan penipuan atas talian. Tambahan pula, gaji tidak selumayan yang dijanjikan iklan, dan apabila “prestasi” penipuan tidak mencapai standard, ketua penipuan akan menghukum mereka. Waktu pekerjaan juga adalah sepanjang 14 jam sehari, dan hanya ada satu hari cuti sebulan. Menurut keterangan mangsa, terdapat kemudahan dan tempat hiburan di taman itu, tetapi tempat hiburan ini dikenakan bayaran, jadi semua gaji mereka dihabiskan di taman itu. Ada di antara mereka yang cuba melarikan diri, namun apabila ditemui, mereka akan dilayan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan seperti dijemur sehari suntuk atau dipukul dan sebagainya yang menyebabkan keempat-empat mangsa tidak berani melarikan diri.

Salah seorang mangsa berkata, apabila mereka diatur oleh penyeludup manusia ke Bangkok, Thailand, mereka diaturkan ke Chiang Mai, lalu mereka diatur untuk menaiki kereta ke sempadan Thai-Myanmar, lalu menaiki bot untuk menyeludup ke Myanmar. Apabila mangsa menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada ketika ini, tetapi segalanya sudah terlambat. Apabila mereka diseludup masuk ke salah sebuah taman di Myanmar untuk bekerja, ketua penipuan dari China itu akan mengaturkan asrama untuk mereka, dan kemudian mengagihkan mereka kira-kira RM1,250 untuk makanan. Telefon bimbit peribadi mereka turut dirampas. Nasib baik, salah seorang mangsa, Cik Lim, mengambil kesempatan untuk menghubungi Peguam Maxine Khoo sebaik sahaja dia mempunyai akses kepada telefon bimbitnya.

Kumpulan penipuan itu beroperasi dengan mencari mangsa melalui media sosial, dan menggunakan helah menipu untuk merangkap mangsa dan menipu wang mangsa tersebut. Sasaran kumpulan penipu ini adalah warga China di luar negara dan warga negara Eropah dan Amerika. Keempat-empat mangsa memilih untuk mendapatkan bantuan daripada peguam Maxine Khoo, kerana mereka tidak sampai hati untuk menipu mangsa-mangsa dan mengharapkan dengan bantuan peguam Maxine Khoo, mereka dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Nasib baik, berkat usaha peguam Maxine Khoo dan kerjasama agensi penguatkuasa undang-undang Myanmar, mereka telah selamat tiba di Malaysia pada 24 Jun 2022. Keempat-empat mangsa itu turut menyatakan kesanggupan mereka untuk menyertai MCA, dan turut menyatakan bahawa MCA adalah sebuah parti politik yang boleh berkhidmat kepada rakyat.

Setiausaha MCA Cawangan Maju

Gambar melaporkan kepada Polis di Balai Polis USJ 8

Peguam Maxine(Kiri),Ong Sin Teong(Kanan

Gambar bersama mangsa yang berjaya diselamatkan oleh Khoo

Barisan Belakang(dari kiri):Peguam Edward,Peguam MaxineOng Sin Teong

Barisan Depan(dari kiri):3 mangsa dari kirikawan mangsa di paling kanan

Laporan Berita:(Tekan nama media untuk baca)

Guang Ming Daily |Kwong Wah Yit PohChina Press |Sin Chew Daily

VIDEO

HUBUNGI KAMI

Sesiapa yang ingin mengadu, bertanya, mendapatkan bantuan atau menyertai cawangan MAJU boleh menghubungi kami melalui telefon, e-mel atau dengan mengisi borang di bawah dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda!

MCA CAWANGAN MAJU

Telefon:011-1145 6647
Emel:[email protected]

Pusat Khidmat Masyarakat Atas Talian

    Pertanyaan

    Name

    Emel

    Nombor Telefon

    Tajuk

    Mesej

    error: Content is protected !!
    MCA Maju Branch Online Service Centre, is ready to help! 马华前进支会线上服务中心,请问有什么需要帮助吗? MCA Cawangan Maju Pusat Khidmat Masyarakat Atas Talian, apakah yang boleh kami bantu?
    //
    Online Service Centre | 线上服务中心 | Pusat Khidmat Masyarakat Atas Talian
    Need MCA help? 需要马华帮助?